PROFAIL

PAJAK GADAI DALAM MASYARAKAT MELAYU

• Penubuhan sistem perbankan konvensional dan sistem perbankan Islam berikutnya, tidak mencakupi keseluruhan serata masyarakat Melayu, terutamanya di desa. Masyarakat desa yang ‘simple’ tidak menggunakan perkhidmatan bank samada disebabkan oleh sikap negatif mereka terhadap bank atau kerana keperluan yang terlalu ‘basic’ untuk dilayani oleh institusi berkenaan.

• Keperluan kepada kredit jangkapendek dan kecilan untuk berbagai kegunaan dalam kehidupan harian selalu dirasai oleh masyarakat desa yang berpendapatan rendah. Kegunaan kredit dalam masyarakat ‘kerdil’ ini samada untuk ‘consumption’ atau ‘production’, tidak dapat dipenuhi oleh institusi kewangan moden yang mempunyai ‘priority’ yang berbeda.

• Pajak gadai, sejak zaman penjajahan, memainkan peranan memenuhi keperluan kredit masyarakat luar bandar. Institusi ini hingga hari ini menjadi begitu ‘popular’ kerana perkhidmatan yang diberikan adalah mudah, cepat dan personal. Di samping itu, ia dapat menggantikan peranan orang tengah yang menghantaui ekonomi kampung.

• Begitupun, umumnya masyarakat Melayu menganggap pajak gadai yang sedia ada beroperasi secara yang dikira bercanggah dengan Islam. Penerimaan mereka terhadap institusi ini adalah semata-mata untuk memenuhi keperluan yang terdesak dan dalam keadaan mereka tidak mempunyai alternatif yang lain.

• Perbadanan Kemajuan Iktisad Kelantan melalui anak syarikatnya, Permodalan Kelantan Berhad mewujudkan Ar-Rahn sebagai syarikat atau institusi gadaian Islam terawal di Malaysia dalam memenuhi tuntutan syariah.