TRANSAKSI GADAIAN

 

Nilai Pembiayaan (Pinjaman)

Ar-Rahn membolehkan anda membuat pinjaman wang tunai dari 10% sehingga 65% berdasarkan nilai emas (marhun) dan tidak lebih dari RM50,000.00 di mana hanya RM30,000.00 sahaja dibenarkan dalam sehari. Walau bagaimanapun, penggadai masih boleh berunding untuk membuat pinjaman lebih.

 

Tempoh Gadaian

• Tempoh Gadaian asas selama 6 bulan (Tempoh Matang).
• Lanjutan tempoh gadaian yg tiada had (limit).

 

Mutu Emas yang diterima

• EMAS 999 – 24.0K
• EMAS 950 – 23.0K
• EMAS 916 – 22.0K
• EMAS 900 – 21.0K
• EMAS 835 – 20.0K
• EMAS 750 – 18.0K

 

Syarat Kelayakan

• Berumur 18 tahun ke atas.

Dokumen Yang Perlu Dibawa

• Barang kemas (meliputi mutu emas yang telah ditetapkan)
• Kad Pengenalan asal /passport*/waran pas*
*(bagi tiada Kad Pengenalan)

 

Kelebihan

• Pembiayaan mengikut Syariah
• Cepat, Mudah dan Selamat
• Barang Gadaian dijamin keselamatannya
• Setiap cawangan arrahn kami Mempunyai tahap keselamatan yang tinggi (pengawal keselamatan – siang, cctv        dipantau 24 jam)
• Upah Simpan yang rendah
• Kadar upah tetap(tidak berubah) sehingga penebusan
• Tempoh gadaian tiada limit
• Lebihan hasil lelongan dikembalikan kepada penggadai
• Anda tidak perlu mengisi sebarang borang
• Anda tidak perlu membuat salinan kad pengenalan.
• Bukan warganegara juga dapat menggadai