SYARAT-SYARAT LELONGAN

Harga Tawaran

Harga-harga asas (reserve price) bagi barangan gadaian yang dinyatakan di dalam senarai lelongan gadaian adalah muktamad.

 

Kelayakan Untuk Mengambil Bahagian Di Dalam Lelongan Ini

Individu atau Syarikat-syarikat Yang hendak memasuki lelongan ini hendaklah terlebih dahulu berdaftar dengan Permodalan Kelantan Berhad dengan disertakan bersama-sama:

– Satu (1) salinan fotostat Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran bagi individu.

– Di dalam kes-kes di mana Pembida adalah Syarikat/Organisasi, satu (1) salinan Pendaftaran Perniagaan/Borang 8 hendaklah dimajukan.

 

Penafian/Had Tanggungjawab

-Permodalan Kelantan berhad mencuba dengan sedaya upaya untuk
membekalkan maklumat yang paling tepat dan terkini ke dalam lelongan ini tetapi tidak menjamin ketepatan, kualiti, ketepatan masa, kesediaan ataupun kelengkapan maklumat, produk ataupun bahan-bahan lain yang boleh didapati melalui lelongan ini.

-Permodalan Kelantan berhad memberi perkhidmatan ini atas dasar ‘apa yang tersedia ada’. Pembida di anggap menggunakan lelongan di atas risiko sendiri dan Permodalan kelantan Berhad, pekerja-pekerja, pengedar, Pengarah-pengarah serta ejen-ejennya tidak bertanggungjawab atas kesilapan, keciciran atau penghantaran kandungan, apa-apa bentuk kerosakan atau kehilangan (termasuk kerosakan yang berlaku secara lansung, tidak sengaja, khas ataupun sebagai contoh, Walaupun diketahui terdahulu oleh Permodalan
Kelantan Berhad) yang mungkin berlaku akibat lelongan ini.

 

Tanggungjawab Terhadap Kandungan & Panduan

– Permodalan Kelantan berhad terhadap segala maklumat lelongan yang disiarkan. Pembida mesti mematuhi segala undang-undang dan peraturan.

– Pembida juga bersetuju tidak akan menggunakan maklumat ini untuk mengumpul, menyimpan mahupun menggunakan maklumat orang lain untuk menghantar komunikasi yang tidak diminta ataupun tidak disahkan.

-Pembida tidak dibenarkan menyalin, mengagih ataupun mengeksploitasi secara Komersial mana-mana bahagian maklumat lelongan ini kecuali dengan kebenaran khusus Permodalan Kelantan berhad.

 

Penerimaan Berjaya

Harga belian mestilah dijelaskandalam bentuk Tunai atau Draf Bank atas nama Permodalan Kelantan Berhad (atau pihak Pemilik Rasmi di mana yang (bersesuaian).

 

Tidak Menepati Kehendak Lelongan

Pembida yang gagal untuk menepati/memenuhi ke semua kehendak lelongan yang telah dijelaskan di atas kemungkinan tidak dibenarkan mengambil bahagian.